Boost Your Traffic
Singgah Sekejap...bersama nuffnag
MARI PAKAT LIKE SEMUA
Pages
JOM LAYAN LAGU KANAK2
DOA UNTUK ANAK
Home
Thursday, 10 November 2011
ANAK
Music
Playlist
at
MixPod.com
Alhamdulillah, akhirnya siap juga blog Permata Hatiku yang diwujudkan untuk membincangkan dan berkongsi pendapat mengenai kehadiran anak sebagai penyeri dalam kehidupan berumah tangga. Semoga teman-teman yang membuka blog ini sudi berkongsi pendapat dengan saya dan sebarang komen daripada anda amat dialu-alukan. Terima Kasih buat En Mat @ lebih popular dengan panggilan EN KUTAN dan abang Penyelia Pusat Siber, En Wan Mohd Al Malek Faisal yang banyak memberikan tunjuk ajar buat ku untuk menjadi seorang blogger yang beretika. Diharapkan kewujudan blog ini tidak melanggar etika dan dapat memberikan informasi dan kesedaran kepada kita yang bergelar anak untuk lebih menghargai insan yang bergelar IBU dalam kehidupan kita.
PERMATA HATIKU
WAHAI ANAK PERMATA BERLIAN
DIKAU AMANAH YANG MAHA ESA
KASIH KAMI TIDAK BERKETEPIAN
MOGA DIKAU BAHAGIA SENTIASA
Anak adalah anugerah Allah Yang Paling berharga dalam menyinari kehidupan kita.Setiap kelahiran adalah satu anugerah Illahi.Bayi yang baru lahir setelah Sembilan bulan Sepuluh hari berada di dalam Rahim ibu adalah satu tanda akan kebesaran dan kemurahan Allah. Ar-Rahim adalah satu nama yang indah. Ia memberitahu tentang sifat Allah yang Maha Penyayang, iaitu sangat menjaga, sangat mengambil berat, sangat mengasihani dan sangat melindungi. Sifat-sifat seperti inilah yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang bergelar ibu.
Pepatah ada mengatakan bahawa seorang ibu adalah ibarat sebuah sekolah.Baik didikan ibunya, baik jugalah hasilnya nanti. Seseorang ibu pastinya lebih memahami anaknya sendiri berbanding orang lain walaupun bapanya.Seseorang ibu akan dapat mengetahui bila anaknya sedang bergembira, bila dia sedang hiba, bila dia memberontak walaupun tanpa kata.
Ingatlah bahawa anak adalah amanah dan ujian daripada Allah.Sama-samalah kita memohon untuk menjadi ibubapa yang dapat memberikan sesuatu yang bernilai untuk anak-anak kita.Sesuatu yang dapat dipersembahkan di hadapan Allah nanti sebagai bukti.Tentulah tidak ada apa-apa yang lebih membahagiakan sekiranya kita dapat berkumpul bersama-sama keluarga di akhirat nanti dalam keadaan diredhai Allah.
Custom Glitter Text
PENGALAMANKU BERGELAR IBU
Bagiku, mengandung adalah satu anugerah Allah yang cukup berharga & tidak ternilai. TAHNIAH! ANDA MENGANDUNG daripada doktor adalah satu perkataan yang cukup bermakna dalam hidupku.Apabila disahkan sahaja mengandung, tiba-tiba aku menjadi semakin manja.Mungkin aku perlukan perhatian dan layanan yang istimewa daripada suami tercinta dan keluarga tersayang.Semasa mengandung, aku diberikan layanan kelas pertama dan tidak dibenarkan banyak bergerak.Apa yang diriku sebut, walaupun tidak mengidamkannya, pasti akan diusahakan oleh suami tercinta sehingga dapat.
Sewaktu 3 bulan pertama, secara peribadi adalah sukar buatku.Perubahan mood, perubahan selera, loya & muntah, ditambah dengan bebanan dan tekanan kerja benar-benar menguji kesabaran, bukan sahaja terhadap empunya diri, malah suami juga turut merasa tempiasnya. Aku mengalami alahan yang teruk mengandung anak pertama.Hampir 3 bulan aku tidak boleh makan nasi, bila makan sahaja, pasti keluar balik.Aku seperti kanak-kanak, sukakan air kotak milo, aiskrim, manga, rambutan dan asam.Bagiku, dorongan, kasih sayang dan kefahaman daripada suami tercinta memberi semangat padaku untuk melalui waktu sukar ini dengan penuh kesabaran.
Alhamdulillah,setelah genap 9 bulan mengandung, akhirnya lahirlah insan baru dalam hidupku yang bergelar Wan Nadia Fatihah Bt Wan Mohd Al Malek Faisal pada tarikh 3 Januari 2009. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraanku dan suami apabila anak yang kulahirkan diambil daripada doktor yang bertugas oleh suamiku sebelum di Qamatkan oleh suamiku sendiri dan diletakkan di dadaku.Tangisan pertamanya kedengaran seperti muzik yang cukup indah.Keletihan dan kesakitan bersalin seperti hilang seketika.Perasaan kasih sayang terhadap anakku mencurah-curah.Itulah tanda Rahmat daripada Allah kepadahamba-hambanya.
Aku dapat merasai suka-duka seorang ibu.Malam dengan tidur lena sudah hilang dalam kamus hidupku. Ini diganti dengan tangisan haus seorang bayi atau tangisan minta lampin digantikan.Belum lagi sekiranya anakku demam dan dijangkiti selsema.Hiba rasanya melihat anakku tidak dapat bernafas dengan sempurna kerana tersumbat hidung.Kalau boleh diganti, mahu sahaja diriku menggantikan sakit anakku itu.
Wahai anak permata hatiku, semoga dikau dapat menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.Perjalanan hidupmu masih jauh,.Hadapilah dengan tenang dan tabah. Kejayaan & kegagalan mungkin melanda sepanjang hidup kita, namun jika kita dapat melawan segala dugaan tersebut, pasti kita semua akan mendapat kebahagiaan, InsyaAllah.
Newer Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)