JADILAH SUAMI DAN ISTERI YG SALING MEMBAHAGIAKAN
Jika anda salahkan isteri anda kerana terlalu kerap berleter sehingga anda tidak tenang atau menyalahkan mereka kerana tidak melayan anda dengan baik, apa kata anda lihat diri anda dahulu. Perbaiki diri anda dahulu untuk menjadi seorang suami yang baik untuk isteri anda. Jika anda mahukan kebahagiaan, anda perlu bermula dari diri anda sendiri.
Tahukah anda, isteri selalu berharap anda akan memberi kebahagiaan kepada dia. Anda perlu menjadi suami yang lebih baik untuk isteri anda. Jika anda melihat kesedihan di wajah isteri atau isteri anda banyak berleter atau anda lihat isteri anda susah hati, anda cuma perlu berfikir bahawa anda perlu menjadi suami yang lebih baik untuk isteri anda.
Tip Suami Isteri : Ketua rumah tangga

Lelaki tidak akan membebankan urusan rumah tangga pada perempuan yang lemah. Sebaliknya, lelaki akan membantu dan melindungi isterinya. Ketua juga perlu menyediakan segala kemudahan untuk isi rumah tangganya. Jika tidak dapat penuhi segala kemudahan, anda perlu sekurang- kurangnya berusaha menguruskan keperluan asas rumah tangga anda. Dengna bertindak sebagai ketua keluarga dengan cara yang sebenar, anda akan lebih di sayangi oleh isteri anda tanpa anda perlu memintanya.
Setia pada keluarga dan berikan komitmen yang penuh pada keluarga
Suami yang baik tidak akan curang pada isterinya. Dalam fikiran dia, hanya ada isteri dan ahli keluarganya sahaja. Anda perlu sentiasa menyayangi pasangan anda seadanya. Sentiasa utamakan urusan keluarga dari urusan diri sendiri. Kehendka keluarga perlu di tunaikan dahulu sebelum kehendak diri sendiri. Memang nampak seperti penat bertindak sebagai seorang suami yang baik, namun ganjarannya sangat manis.
Tiada kuasa yang boleh menundukkan isteri anda selain cinta yang anda tunjukkan padanya. Setiap kali anda balik dari kerja, cari isteri anda dahulu, cium dia dan peluk dia dengan mesra. Tunjukkan rasa cinta anda pada dia. Jangan simpan rasa cinta dalam hati. Wanita jarang melihat hati suaminya, dia hanya percaya jika anda tunjukkan padanya.