Singgah Sekejap...bersama nuffnag

MARI PAKAT LIKE SEMUA

Thursday, 30 October 2014

EXAM & PAC PEGAWAI PENERANGAN

CITA-CITA saya ialah menjadi seorang PEGAWAI PENERANGAN... Saya berminat untuk mendampingi masyarakat sebagai agen perubahan dalam komuniti untuk menyampaikan dasar kerajaan dengan sejelas-jelasnya ke peringkat akar umbi yang boleh memperkasakan perpaduan kaum untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan maju selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Saya merupakan seorang pemohon kerja yang sangat setia dengan SPA...Semenjak tahun 2006-2014, saya sentiasa memohon kerja dan mengemaskini permohonan kerja SPA..

Saya sentiasa mendapat panggilan peperiksaan daripada pihak SPA..Namun, saya sentiasa tewas..bila menyemak keputusan di website SPA..DUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA GAGAL DALAM PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN...saya memang sedih sangat sebab selalu gagal dalam peperiksaan Pegawai Penerangan dan tidak pernah mempunyai pengalaman temuduga Pegawai Penerangan. Walaupun begitu, saya terus berusaha untuk Berjaya dalam peperiksaan Pegawai Penerangan. Bagi saya, Kegagalan adalah guru kepada Kejayaan. Kegagalan mengajar saya supaya banyak bersabar dan terus berusaha untuk Berjaya.

Tahun 2014...adalah tahun yang sangat gembira bagi saya kerana saya pertama kali lulus dalam peperiksaan Pegawai Penerangan (S41). Pada 1 MAC 2014, saya mendapat Panggilan peperiksaan Pegawai Penerangan bertempat di Kem Kijang, Jln Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Pada mulanya, memang saya terasa berat hati sangat-sangat untuk menghadiri peperiksaan kali ini kerana adik saya sangat tenat dan sedang melawan penyakit kanser. Keadaan adik sangat kritikal pada 1 Mac 2014. Walau bagaimanapun, saya harus berfikiran positif..Saya kuatkan semangat dan menghadiri peperiksaan yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 2.45ptg..

Selepas habis sahaja peperiksaan, saya terus bergegas balik ke rumah untuk melihat keadaan adik yang sangat kritikal..sampai sahaja di rumah..saya agak terkejut kerana adik sudah tidak sedarkan diri..Sedih hati melihat keadaan adik tersayang..Adik tidak sedarkan diri dan terus melawan sakit kanser..Mata sudah tertutup dan tidak dapat bergerak..hanya bernyawa dengan nadi yang sangat lemah. Setelah beberapa hari melawan penyakit ini..akhirnya penderitaan adik berakhir dengan adik pergi menemui PenciptaNYA yang Maha Agung dan meninggalkan saya sekeluarga.. Adik saya menderita sakit semenjak tahun 2010 sehingga 2014..Adik saya meninggal pada 3 Mac 20014 ketika usia yang masih muda, 25 Tahun..Hancur luluh hati saya sekeluarga.Saya amat terasa dengan pemergian adik kerana saya hanya mempunyai 2 orang adik beradik.bila dia tiada..tinggal la saya tanpa kasih sayang seorang adik. Terasa sangat sunyi..Namun, saya dan keluarga harus tabah dan kuat dengan Dugaan dan ujian Allah...Kami sekeluarga tabahkan hati melalui kehidupan tanpa arwah..Kami ikhlaskan pemergiaan arwah...DaripadaNYA kita Datang, KepadaNYA jua Kita Kembali...Semoga arwah tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang Beriman...Ameen.

Selepas lebih kurang sebulan menunggu keputusan Peperiksaan..akhirnya keputusan Peperiksaan boleh disemak di website SPA. Saya sangat Berdebar2 untuk menyemak keputusan peperiksaan..Dengan perasaan yang berdebar-debar saya menyemak keputusan..Akhirnya tertulis TAHNIAH!!!!ANDA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN... Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!!! Saya sangat-sangat bersyukur dengan NikmatNYa kerana membuka pintu Rezeki untuk saya..setelah 8 tahun mencuba, akhirnya saya Berjaya buat kali pertamanya dalam peperiksaan Pegawai Penerangan. Dalam hati saya berazam untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang ini untuk terus Berjaya mengejar cita-cita saya..

Setelah Berjaya dalam peperiksaan, saya kemudiaanya perlu menghadiri Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Penerangan Gred S41 di Politeknik Port Dickson , Negeri Sembilan. Zon pantai timur seperti Kelantan tidak ade program PAC. Saya kemudiaan mengambil tiket bas awal2 dan membuat persediaan awal untuk membuat yang terbaik pada program PAC..Progam PAC Pegawai Penerangan melibatkan  aktiviti seperti Ujian Penaksiran Personaliti SPA, Debat Ala Parlimen, Daya Menyelesaikan Masalah, Group Discussion, Pengucapan Awam dan Public Speaking. PAC ini melibatkan kerja bekumpulan. Dalam kumpulan saya, seramai 13 orang ahli dan masing-masing membuat persembahan yang terbaik..Banyak pengalaman yang saya belajar daripada PAC ini..PAC dapat memberi ruang kepada saya untuk berkenalan dengan ahli kumpulan yang lain, melatih diri saya untuk mempunyai sikap bekerjasama diantara ahli kumpulan, menjadi lebih kreatif dan berani dalam Perucapan Awam dan Public speaking. Apa yang penting, dalam aktiviti berkumpulan, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kita perlu memberi idea yang kreatif, bertolak-ansur dan memberi ruang kepada kawan-kawan yang lain untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.  Topik PAC berkumpulan saya ialah Generasi Y yang taksub dengan Gadget telefon dan kes denggi. Tajuk untuk perucapan awam pula ialah kes buli di kalangan pelajar sekolah dan public speaking saya berkenaan public transport. Saya telah berusaha mencuba yang terbaik dalam setiap persembahan PAC. Semoga saya dan ahli kumpulan saya juga turut Berjaya dalam PAC ini.. Ameen.

Pada 24 Oktober...Keputusan PAC keluar di Website SPA. TAHNIAH!!! ANDA BERJAYA DALAM PROGRAM ASSESSMENT CENTRE PEGAWAI PENERANGAN S41... Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!!

Proses terakhir yang perlu saya lalui ialah Temuduga Pegawai Penerangan S41 pada 4 November 2014 pada pukul 9.40 pagi bertempat di Pusat Temuduga SPA Kota Bharu, Kelantan. Harapan saya, semoga saya BERJAYA dalam temuduga nanti...Kalau boleh saya ingin merealisasikan impian ibu dan ayah saya untuk melihat saya Berjaya dalam Cita-cita. Saya ingin menghargai sijil  Ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang saya perolehi daripada Universiti Sains Malaysia. Saya ingin menghargai penat lelah saya belajar sehingga saya dapat menggenggam segulung ijazah. Saya juga ingin menghargai ibu bapa saya yang bersusah payah membesarkan saya dan membuat kenduri kesyukuran, menjemput orang kampung bila mendapat tahu saya mendapat tawaran masuk university. Saya ingin membalas jasa ibu ayah dengan menjadi orang yang berjasa kepada ibu bapa, masyarakat dan Negara. Saya sudah tidak mampu melihat bapa saya yang masih bekerja sebagai nelayan pada usia warga emas..Saya mahu Berjaya dan ingin melihat ayah berehat di rumah..Tak sanggup lagi melihat ayah berpanas terik di laut dengan badan yang lesu. Saya juga ingin menjadi rakyat yang mampu mamberikan sumbangan untuk masyarakat dan Negara..Semoga saya Berjaya dalam temuduga Pegawai Penerangan pada 4 November 2014 nanti dan cita-cita saya untuk menjadi seorang Pegawai Penerangan tercapai. Ya Allah..bukakanlah pintu rezekimu seluas-luasnya untuk hambamu ini dan semoga dilembutkan hati ahli panel untuk memilih saya dan Berjaya dalam sesi temuduga nanti..Ameen...
 
 
 




Sunday, 26 October 2014

KENANGAN BERSAMA IBU & AYAH

KENANGAN MANIS BERSAMA IBU DAN AYAH

Kenangan silam kembali bermain-main di kotak fikiranku. Jauh di sudut hatiku, mekar bunga kegembiraan mengharumkan sukmaku.Banyak kenangan manis yang aku lalui bersama ibu bapaku sepanjang usia kehidupanku.
Satu sejarah manis yang sangat berharga dan tidak dapatku lupakan ialah kenangan manis bersama ayah dan ibu pada majlis perkahwinanku pada 28 MAC 2008. Peja...m celik pejam celik sudah 6 tahun kenangan manis itu berlalu, namun ia masih segar dan mekar dalam ingatanku..

Pada hari perkahwinanku, tidak dapat ku lupakan kegembiraan yang berlabuh di wajah ibu dan ayahku. Senyuman mereka terus terukir sepanjang hari walapun kepenatan.Aku adalah anak sulung dalam keluarga, ibu dan ayah sangat-sangat gembira. Ibu dan ayah adalah orang yang paling sibuk menguruskan majlis perkahwinanku supaya ia berjalan dengan lancar dan meriah. Pesan Ibu dan Ayah "Hari ini kami bagi cuti daripada buat sebarang kerja..Ibu dan ayah nak tengok kamu jadi RAJA tau hari ini...Rehatkan diri sambil manjakan diri bersama make up daripada Mak Andam..Tapi Ingat!!!!Cuma SEHARI sahaja kami bagi kebebasan ini"..Tiba-tiba jer saya tersenyum mendengar kata-kata ini.Untung juga yer jadi Raja Sehari.

Pada hari perkahwinanku, ibu dan ayah mengenakan pakaian yang cantik dan kemas. Kalau sebelumnya, ibu lebih suka gaya kampung..kain batik, baju kurung bertudung bawal kosong manakala ayah lebih suka berkain pelikat dan berbaju T-Shirt. Pada hari yang bersejarah ini, Ibu mengenakan baju kurung moden yang aku hadiahkan untuknya bersama tudung yang bermanik-manik, manakala ayah pula mengenakan Kemeja Batik yang aku beli dan hadiahkan untuknya..WOW!!!gembira hati tidak terkata..Cantik dan Kacak juga ibu bapaku..

Hadiah yang amat berharga yang ibu dan ayah berikan padaku pada hari bahagia ini ialah kucupan yang indah daripada ibu dan ayah. Semasa kucup dahiku, Ayah sempat berpesan " Kita orang Orang susah, pandai-pandailah bawa diri bila sudah berumah-tangga. Jaga hati suami dan semua orang yer". Pesan Ibu pula, " nanti hadiahkan ibu anak yang ramai yer, biar keluarga kita yang kecil terus berkembang"..INSYAALLAH ibu dan ayah, akan aku selalu ingat pesananmu ini..

Pada sebelah malamnya, ada acara dikir barat. Ramai keluarga, sahabat handai dan orang kampung berkumpul dan bermesra. Kami dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Ibu dan ayah tersenyum penuh kegembiraan.

Itulah di antara kenangan manis saya bersama ibu dan ayah. Kenangan indah ini akan kusimpan kukuh dan tidak mudah kulupakan walaupun sudah banyak tahun ia berlalu.

Dan pada hari ini...aku terfikir balik kata-kata ibuku untuk terus megembangkan zuriat keluargaku. Pada hari ini, ibu dan ayah masih lagi bersedih di atas pemergian adikku pada 3.3.2014 kerana menderita penyakit barah.Jangan bersedih ibu dan ayah, kita ikhlaskan pemergiannya..Semoga arwah tenang DISANA..Banyak-banyak kita berdoa dan sedekahkan Al-fatihah untuk Arwah.

Aku faham, ibu dan ayah terlalu sunyi kerana mereka hanya mempunyai 2 orang anak sahaja iaitu aku dan adikku..Bila seorang dah diambil oleh Pencipta, tinggal la aku seorang bersama dengan suami dan anak-anak.

Hapuskanlah air matamu ibu dan ayah. Aku sentiasa bersamamu dan akan membahagiakanmu sepanjang hayatku..
Terima kasih banyak-banyak ibu dan ayah kerana banyak melakarkan kenangan manis untukku dan membahahagiakanku...
Terima kasih untuk segala-galanya..
Aku Sangat bahagia mempunyai ayah dan ibu sepertimu.
I LOVE MY FAMILY
"CIUMAN IBU BAPA DAPAT MENGGUGURKAN DOSA KITA, HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA"

Monday, 16 June 2014

Mini GiveAway Cash RM150 MrJocko


ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA SEMUA...
Berita Gembira!!!
Mr Jocko mengadakan Mini Giveaway bermula pada tarikh 16 Jun sehingga 22 Jun 2014.
Jom ramai-ramai join giveaway ini. Hadiah menarik menanti para pemenang yang bertuah $$$$$$....

                                             
Hadiah : Wang Tunai RM50 x 3 Pemenang
Hadiah akan di masukkan ke dalam akaun Bank pemenang 

                                    
1. Buat entry pendek bertajuk Giveaway Cash RM150 MrJocko
2 .Follow Blog : MrJocko.com
3. Like Fanpage : https://www.facebook.com/GlamorousMrJocko
4. Follow Instagram : @MrJocko
5. Follow Twitter : @MrJocko
6. Follow G+ : +Rosmadi Shakri

Sudah selesai??? Tinggalkan link Giveaway Cash RM150 di BLOG MR JOCKO

                                

Pemenang akan di pilih oleh Team Blooggers dan akan diumumkan di Blog MrJocko.com dan Booggers.com pada 23 Jun 2014 jam 12.00 pm

            
Jom klik link ni untuk ke Blog MR JOCKO dan  Mini GiveAway Cash RM150 MrJocko