Singgah Sekejap...bersama nuffnag

MARI PAKAT LIKE SEMUA

Sunday, 26 October 2014

KENANGAN BERSAMA IBU & AYAH

KENANGAN MANIS BERSAMA IBU DAN AYAH

Kenangan silam kembali bermain-main di kotak fikiranku. Jauh di sudut hatiku, mekar bunga kegembiraan mengharumkan sukmaku.Banyak kenangan manis yang aku lalui bersama ibu bapaku sepanjang usia kehidupanku.
Satu sejarah manis yang sangat berharga dan tidak dapatku lupakan ialah kenangan manis bersama ayah dan ibu pada majlis perkahwinanku pada 28 MAC 2008. Peja...m celik pejam celik sudah 6 tahun kenangan manis itu berlalu, namun ia masih segar dan mekar dalam ingatanku..

Pada hari perkahwinanku, tidak dapat ku lupakan kegembiraan yang berlabuh di wajah ibu dan ayahku. Senyuman mereka terus terukir sepanjang hari walapun kepenatan.Aku adalah anak sulung dalam keluarga, ibu dan ayah sangat-sangat gembira. Ibu dan ayah adalah orang yang paling sibuk menguruskan majlis perkahwinanku supaya ia berjalan dengan lancar dan meriah. Pesan Ibu dan Ayah "Hari ini kami bagi cuti daripada buat sebarang kerja..Ibu dan ayah nak tengok kamu jadi RAJA tau hari ini...Rehatkan diri sambil manjakan diri bersama make up daripada Mak Andam..Tapi Ingat!!!!Cuma SEHARI sahaja kami bagi kebebasan ini"..Tiba-tiba jer saya tersenyum mendengar kata-kata ini.Untung juga yer jadi Raja Sehari.

Pada hari perkahwinanku, ibu dan ayah mengenakan pakaian yang cantik dan kemas. Kalau sebelumnya, ibu lebih suka gaya kampung..kain batik, baju kurung bertudung bawal kosong manakala ayah lebih suka berkain pelikat dan berbaju T-Shirt. Pada hari yang bersejarah ini, Ibu mengenakan baju kurung moden yang aku hadiahkan untuknya bersama tudung yang bermanik-manik, manakala ayah pula mengenakan Kemeja Batik yang aku beli dan hadiahkan untuknya..WOW!!!gembira hati tidak terkata..Cantik dan Kacak juga ibu bapaku..

Hadiah yang amat berharga yang ibu dan ayah berikan padaku pada hari bahagia ini ialah kucupan yang indah daripada ibu dan ayah. Semasa kucup dahiku, Ayah sempat berpesan " Kita orang Orang susah, pandai-pandailah bawa diri bila sudah berumah-tangga. Jaga hati suami dan semua orang yer". Pesan Ibu pula, " nanti hadiahkan ibu anak yang ramai yer, biar keluarga kita yang kecil terus berkembang"..INSYAALLAH ibu dan ayah, akan aku selalu ingat pesananmu ini..

Pada sebelah malamnya, ada acara dikir barat. Ramai keluarga, sahabat handai dan orang kampung berkumpul dan bermesra. Kami dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Ibu dan ayah tersenyum penuh kegembiraan.

Itulah di antara kenangan manis saya bersama ibu dan ayah. Kenangan indah ini akan kusimpan kukuh dan tidak mudah kulupakan walaupun sudah banyak tahun ia berlalu.

Dan pada hari ini...aku terfikir balik kata-kata ibuku untuk terus megembangkan zuriat keluargaku. Pada hari ini, ibu dan ayah masih lagi bersedih di atas pemergian adikku pada 3.3.2014 kerana menderita penyakit barah.Jangan bersedih ibu dan ayah, kita ikhlaskan pemergiannya..Semoga arwah tenang DISANA..Banyak-banyak kita berdoa dan sedekahkan Al-fatihah untuk Arwah.

Aku faham, ibu dan ayah terlalu sunyi kerana mereka hanya mempunyai 2 orang anak sahaja iaitu aku dan adikku..Bila seorang dah diambil oleh Pencipta, tinggal la aku seorang bersama dengan suami dan anak-anak.

Hapuskanlah air matamu ibu dan ayah. Aku sentiasa bersamamu dan akan membahagiakanmu sepanjang hayatku..
Terima kasih banyak-banyak ibu dan ayah kerana banyak melakarkan kenangan manis untukku dan membahahagiakanku...
Terima kasih untuk segala-galanya..
Aku Sangat bahagia mempunyai ayah dan ibu sepertimu.
I LOVE MY FAMILY
"CIUMAN IBU BAPA DAPAT MENGGUGURKAN DOSA KITA, HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA"

No comments:

Post a Comment